
Projek Baling de Puncak!, adalah aktiviti sukarela yang akan dijalankan sepenuhnya oleh anak-anak kelahiran Baling, untuk melahirkan perasaan kekitaan dalam konsep 'Satu Malaysia' bagi menonjolkan realiti keakraban masyarakat Baling sesama sendiri. Baling de Puncak! akan mengumpulkan anak-anak Baling dari pelbagai fahaman agama, status, sosial dan umur yang berhasrat ikhlas dan sukarela dalam menjayakan visi dan misi Baling de Puncak!. Projek Baling de Puncak! juga adalah satu program yang dirangka khusus untuk mempromosikan Daerah Baling sebagai salah satu destinasi esko pelancongan di negeri Kedah. Projek ini juga amat menititkberatkan soal Alam Sekitar dan ekosistem tanah tinggi Gunung Baling dan hutan, yang menjadi lokasi utama projek Baling de Puncak!.
Jika diteliti, populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah membawa peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Kemuncak Bumi di Rio dr Janeiro pada 1992 dan juga 'Deklarasi Langkawi' mengenai alam sekitar. Rentetan itu, program baling Baling de Puncak! yang melibatkan aktiviti mendaki, memasang dan menyiapkan replika huruf 'BALING' perlu mengambil kira pelbagai aspek konservasi alam sekitar supaya aktiviti ini berjalan lancar tanpa mencemarkan Ekosistem Tanah Tinggi dan Ekosistem Hutan di Gunung Baling. Salah satu cabaran paling getir yang dihadapi manusia sekarang ialah menguruskan alam sekitar secara bijak. Natijah daripada pengurusan yang tidak mapan ialah tercetusnya krisis alam sekitar yang ,engancam kehidupan manusia itu sendiri di bumi ini. Gunung Baling yang menjadi mercu tanda Daerah Baling mungkin suatu masa nanti hanya tinggal nama sekiranya program 'sukarela' kemasyarakatan seperti Baling de Puncak! dipandang sepi oleh kita. Supaya program 'Baling de Puncak! akan menjadi aspirasi kepada pemduduk Baling untuk menjalankan pelbagai aktiviti hiliran lain seperti ekopelancongan dan sebagainya. Rasional / Sejarah Idea asal untuk meletakkan nama BALING di Puncak Gunung Baling, tercetus daripada saudara Ravi A/L Muneesamy yang mengusahakan bengkel kereta di bawah Gunung Baling yang terletak berhampiran kuil Hindu Baling. Hubungan saudara Ravi dan Gunung Baling terlalu akrab, kerana di situlah tersimpan suka dan duka beliau sepanjang mengusahakan bengkel keretanya. Usulnya beliau mengenai keinginannya kepada beberapa rakan dipandang sepi dan dikatakan 'Mustahil' dan 'Membuang Masa'. Namun Cikgu Nordin Mehat (Mantan Pengetua Sekolah), saudara Saad Noordin (Wartawan), Cikgu Ahmad Rozailli dan semua AJK Kerja memberikan reaksi berbeza, masing-masing memberikan reaksi positif mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Rentetan itu, bermulalah kerja-kerja untuk merealisasikan idea saudara Ravi, sehinggalah mesyuarat AJK Kerja kali pertama yang berlangsung pada 10 Mac 2010, Jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Koperasi Pegawai Kerajaan Baling, Kedah Berhad, dengan mendapat sokongan dan perhatian penuh Tuan Haji Ahmad Fisol bin Md Noor (SDK. AMK. BCK.) Pegawai Daerah Baling.
Matlamat / Objektif
- Memberi pendedahan kepada masyarakat Baling khususnya, dan penduduk Negeri Kedah Darul Aman amnya bahawa 'Konsep Satu Malaysia' bukan sekadar retorik sahaja. Kerja amal yang akan dijalankan adalah impak kepada semangat Satu Malaysia.
- Bertujuan memupuk semangat 'Gotong Royong' kearah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu serta menekankan nilai hidup sejagat iaitu, berat sma dipikul, ringan sama dijinjing, lurah sama dituruni puncak sama didaki, hati gajah sama dilapah hati nyamuk sama digincah.
- Bertujuan menjadikan projek 'Baling De Puncak' sebagai satu program yang dirangka khusus untuk mempromosikan Daerah Baling sebagai salah satu destinasi ekopelancongan di negeri Kedah.
- Memberikan pendedahan teknikal dalam melaksanakan projek 'Baling De Puncak' secara 'had-on' dalam menjalankan aktiviti meletakkan nama BALING di Puncak Gunung Baling di mana peserta yang terlibat akan lebih bersedia untuk program-program lain dimasa akan datang.
- Supaya dapat membentuk satu kumpulan masyarakat yang akan dilatih dan mampu menjadi mentor kepada rakan-rakan lain. didalam memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga ekosistem Tanah tinggi dan Hutan yang menjadi penyumbang utama kepada kestabilan Kualiti Alam Sekitar.
Kumpulan Sasaran
a) Semua Warga Baling, anak-anak kelahiran Baling dan warganegara Malayssia yang berminat.
b) Pencinta Alam Sekitar
c) Penuntut sekolah & Institusi Pendidikan Tinggi
d) Jabatan Kerajaan & Swasta
Peserta
Anggaran peserta ialah seramai 100 hingga 150 orang, merangkumi pelajar sekolah, pelajar IPT, orang ramai, Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO.
Tarikh
Sekitar bulan Mac hingga Jun 2010 ( hari Sabtu)
Tempat
i) Puncak Gunung Baling
ii) Dewan Tun Abdul Razak Baling
iii) Jambatan Baling
iv) Kampung Bawah Gunung Baling
Ahli Jawatankuasa Pengelola
Lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Projek
b) Pencinta Alam Sekitar
c) Penuntut sekolah & Institusi Pendidikan Tinggi
d) Jabatan Kerajaan & Swasta
Peserta
Anggaran peserta ialah seramai 100 hingga 150 orang, merangkumi pelajar sekolah, pelajar IPT, orang ramai, Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO.
Tarikh
Sekitar bulan Mac hingga Jun 2010 ( hari Sabtu)
Tempat
i) Puncak Gunung Baling
ii) Dewan Tun Abdul Razak Baling
iii) Jambatan Baling
iv) Kampung Bawah Gunung Baling
Ahli Jawatankuasa Pengelola
Lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Projek
- Tn. Haji Ahmad Fisol B. Md Nor : Penaung
- En. Nordin Bin Mehat : Pengerusi
- En. Ahmad Rozalli Bin Abd. Rauh : Timbalan Pengerusi
- En. Ravi A/L Muneesamy : Penyelaras Projek
- Pn. Norlia Binti Ramli : Setiausaha
- En. Hishamuddin Abu Hassan Ashaari : Bendahari
- En. Saad Bin Noordin : Pengerusi Seranta
- Cik 'Aina Hafiza Binti Hamzah : Blog & IT
- En. Amzan Bin Ghazali : AJK Keselamatan & Alam Sekitar
- En. Jamil Khir Bin Yahya : AJK Teknikal
- En. Shah Hiran Bin A. Rahim : AJK Hadiah & Cenderamata
- En. Nor Azman Bin Ishak : AJK Makanan & Minuman
- En. Zulkifli Bin Bakri : AJK Pendaftaran
- En. Ravi A/L Muneesamy : AJK Penyelaras /Tajaan
- En. Ismail Bin Darani : AJK Protokol
- En. Abdullah Bin Taib : AJK
- En. Muhd Nasrul Bin Hashim : AJK
- En. Jamaluddin Bin Md. Rejab : AJK
- En. Demester Lian : AJK
Implikasi Kewangan
Laporan Awal Kewangan
Laporan Awal Kewangan
- HURUF (B-A-L-I-N-G) - RM 1,250.00 X 6 huruf = RM 7,250.00
- FOUDATION / TAPAK - anggaran kemudian
- PENGURUSAN - Setiausaha - RM 100.00
- - Bendahari - RM 50.00
- - Seranta - RM 500.00
- - Keselamatan - RM 200.00
- - Cenderahati - RM 200.00
- - Makan/Minum - RM 4,000.00
- - Pendaftaran - RM 100.00
Tajaan
Jabatan dan Agensi yang disasarkan:
- Kementerian Pelancongan
- Badan-badan Kewangan di Daerah Baling
- Kontraktor & Persatuan berkaitan kontraktor
- Badan-badan Koporat
- Koperasi
- Jabatan Perpaduan
- Prudential Insurans
- Persatuan Pencinta Alam Malaysia
- Anak-anak BALING yang berjaya dan berpengaruh
- Kilang/ IKS/ Klinik
- Peniaga / Pasaraya
- Orang Perseorangan
Penutup
Sesungguhnya usaha murni meletakkan nama 'Baling' di Puncak Gunung Baling sepatutnya dibantu oleh semua Warga Baling, anak-anak kelahiran baling dan warganegara Malaysia yang berminat supaya masyarakat Malaysia dan generasi muda kita dapat diberi pendedahan awal, tentang konsep tolenrasi dan kerjasama dalam wadah Konsep Satu Malaysia Gagasan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, serta konsep konservasi alam sekitar yang mapan dalam usaha mewujudkan alam sekitar yang Asli, Indah, Selesa, dan Selamat.
Adalah di harapkan projek nama 'BALING'' di Puncak Gunung Baling ini akan melakar sejarah yang tersendiri bagi masyarakat Baling yang bersepadu, seimbang dan harmoni disamping melahirkan masyarakat yang benar-benar berani, bersemangat, mahir dan berpengetahuan tinggi terhadap usaha mengekalkan Alam Sekitar yang indah dan selamat. Kejayaan meletakkan nama Baling de Puncak membuktikan kerjasama semua kaum di Baling dalam menyahut seruan perdana Menteri terhadap slogan 'One Malaysia'. Semoga usaha murni semua yang terlibat akan tercatat dalam tinta sejarah kejayaan anak-anak Baling.
Adalah di harapkan projek nama 'BALING'' di Puncak Gunung Baling ini akan melakar sejarah yang tersendiri bagi masyarakat Baling yang bersepadu, seimbang dan harmoni disamping melahirkan masyarakat yang benar-benar berani, bersemangat, mahir dan berpengetahuan tinggi terhadap usaha mengekalkan Alam Sekitar yang indah dan selamat. Kejayaan meletakkan nama Baling de Puncak membuktikan kerjasama semua kaum di Baling dalam menyahut seruan perdana Menteri terhadap slogan 'One Malaysia'. Semoga usaha murni semua yang terlibat akan tercatat dalam tinta sejarah kejayaan anak-anak Baling.
Sekian Terima Kasih
Disediakan Oleh,
_______________
Amzan Bin Ghazali Aishah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Siong. 09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
_____________________________________________________________________________________
Penghayatan Gunung Dan Hutan
Peringatan:
- Jangan ambil apa-apa kecuali gambar
- Jangan tinggal apa-apa kecuali tapak kaki
- Jauhi & elakkan membuang sampah
- Jauhi pembakaran terbuka
- Visi dan Misi utama ialah :
- Jauhi & elakkan membuang sampah
- Jauhi pembakaran terbuka
- Visi dan Misi utama ialah :
Meletakkan Nama 'Baling' Di Puncak Gunung Baling
0 comments:
Post a Comment